Peringatan!!

Penulisan dalam blog ni adakala berunsur kritikan secara rambang yang tak menyebut @ merujuk kepada mana2 pihak @ individu. Jadi kalau ada yang terasa anggaplah ia 1 kebetulan @ terima je la sebagai peringatan. Peace No War

29 May 2012

TAK KENA PADAN MUKA BULAN NI

Hari ni lala check up untuk 9 Bulan. Berat naik lebih kurang 1/2 Kg je dari last check up hari tu. Ok la tu dari 2 bulan lepas tak naik, kan?? Nurse kata perkembangan berat lala normal jadi tak perlu risau kalau dia kecik dari baby2 lain yang sebaya dengan dia sebab masa di lahir pun kecik.

Untuk pemeriksaan 9 bulan ni takde sebarang suntikan perlu di ambil. Tunggu untuk suntikan 1 tahun je nanti. Tapi lala masih ada appoitment untuk 17 July nanti. Tentang perkembangan lain nurse kata lala masih normal walau lambat sikit. Macam orang2 lain cakap la.. Lain baby lain perkembangan dia. Cukup la sekadar lala sihat & membesar dengan normal macam baby2 lain.

Sang Lekit ni seorang mummy yang sangat mengelabah. Berat anak tak naik mengelabah.. Anak lambat belajar kemahiran baru mengelabah.. Anak sakit sikit pun mengelabah. Walaupun lala dari sudut pandangan sang lekit aktif & jarang sakit. Haritu kena selsema & batuk cepat je baik. Kiranya lala dalam kategori bayi yang antibodi kuat jugak la. Sang Lekit baru2 ni kena demam & selsema. Risau sangat berjangkit dengan lala.. Dia kan menyusu susu ibu. Tapi Alhamdulillah lala tak terjangkit.

Mulut lala sekarang sangat la bising. Dia bangun je asyik membebel je.. (dalam bahasa dia la). Dia sangat kurang nak menangis tapi kuat menjerit bila dia nak orang layan dia @ dukung dia. Lala sekarang bangun awal. Pukul 8 dia dah bangun. Kalau dulu pukul 10 baru dia bangun. Dia bangun je dia akan main dulu sorang2 sampai dia bosan baru dia menjerit. Bila dia bangun selalunya sang lekit akan buka TV untuk dia sebab lala sangat suka tengok TV. Sekarang pun dia tengah layan wonderpets. Dia semakin laju bergerak walau dengan meniarap. Merangkak boleh la 1 langkah macam tu selebihnya dia habiskan bergoyang bontot dalam keadaan yang macam nak merangkak. Nurse cakap ok je kalau dia dah boleh bergerak walau dalam posisi meniarap pun. Duduk cuma boleh bila kita dudukkan dia. Dia tak pandai lagi duduk sendiri.

Gigi... takde lagi. Tapi kuat mengigit dengan gusi dia. Sakit jugak bila dia gigit jari sang lekit walau takde gigi pun. Lala semakin tinggi juga bila sang lekit perasan seluar2 dia makin pendek. Tapi untuk check up 9 bulan ni nurse tak ukur lak ketinggian lala. Sang Lekit tanya jugak tadi... nurse cakap tak payah. Takpe nanti sang lekit sendiri ukur sendiri.

So, untuk check up kali ni takde la ucapan 'Padan muka dari dady'. Nakal dady lala ni suka cakap padan muka kalau lala kena suntik. Jadi padan muka dady tak boleh cakap padan muka kat lala.

Seksi lala..

P/S : Pernah terserempak dengan sorang baby dengan mak dia dalam lift. Lagi kecik dari lala. Ingat dia lagi muda dari lala rupanya dia lebih tua sebulan dari lala. Jadi lala takde la kecik sangat, kan??


24 May 2012

RUMAH BLOGGER AMMAR HANGUS TERBAKAR

Takziah sang lekit ucapkan kepada keluarga Blogger Ammar yang baru2 ni di timpa musibah apabila rumah keluarganya di kampung hangus 100% dalam kebakaran. Sebagai kawan sesama blogger sang lekit turut simpati pada nasib Ammar & keluarga.

Sekiranya kalau korang nak tahu cerita di sebalik kebakaran rumah Si Ammar ni boleh lah berkunjung di blog beliau DISINI


Semoga Ammar & keluarga tabah menghadapi Ujian Allah ni.. Hari ni mungkin hari mereka di duga, esok lusa mungkin kita siapa tahu.


Jadi kepada semua rakan2 blogger yang kenal mahupun tidak kenal kalau ingin menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban kepada keluarga Ammar yang kehilangan tempat tinggal & harta benda akibat kebakaran yang berlaku boleh di buat melalui akaun bank
CIMB BANK: 13040077370526 (Ammar Yasir Bin Che Hassan)
Maybank: 163082138960 (Ammar Yasir Bin Che Hassan)

20 May 2012

BILA DAH GENAP 9 BULAN..

Bila dah genap 9 bulan semakin lasak, semakin banyak kemahiran baru dia belajar, semakin tak senang la mummy kan?? Semakin hari semakin tak berani biar lala main sorang2 & buat kerja lain walau lala bukanlah jenis kuat meragam & sentiasa nak didukung @ duduk atas riba.

Lala Hari ini.

Tapi di sebabkan dia semakin lasak.. makin laju bergerak walau merangkak tak berapa merangkak lagi tapi dengan meniarap pun sekejab je dia boleh sampai kemana saja dalam rumah ni dia nak pergi kalau di luar pengawasan. Apa saja dia nak capai.. dia akan berusaha cuba dapatkan. Letak dalam walker pun dia suka panjat walker tu bila dia nak capai barang yang tak dapat di capai lebih2 barang2 yang agak rendah dari walker dia. Seriau jugak takut dia tersungkur masa menunduk nak ambil barang. Jadi sang lekit nak buat apa2 pun sang lekit terpaksa tunggu lala tidur dulu. Tidur pun kadang2 sang lekit tak senang jugak. Kalau letak dalam buai takut dia terjun buai sebaik je dia terbangun. Bila bangun je dia akan berpusing & meniarap dalam buai. kadang2 kaki keluar dari buai, kadang2 kepala terdongak keluar buai. Aksi2 lala sekarang banyak merisaukan sang lekit. Walau dia tidur sekalipun sang lekit nak buat apapun mesti 5 minit sekali jenguk dia. Tak kira dia tidur dalam buai atau kat atas tilam je.

Lala semalam. Kat Genting dengan mummy & dady

Lala memang banyak habiskan masa tengok TV. Tengok kartun kat TV9 @ tengok iklan2 kat tv. sambil dia buat la aktiviti lain selain memantapkan lagi skill merangkak dia. Bab makan pula.. lala sekarang memang semakin banyak makan bubur. Susu masih lagi susu ibu cuma sang lekit tambahkan dengan susu formula. Tak banyak sangat.. 1 hari 60ml je bagi sebab susu original lala masih banyak & cukup. Yang bagi susu formula sebab 2 bulan lepas masa check up berat lala tak naik banyak. Sebab nak lala montel macam baby lain bukan je lala minum susu formula, mummy pun turut minum susu Anmum. Masa baru lahirkan lala pun sang lekit minum susu Anmum cuma berhenti sekejab sebab masa tu susu terlampau banyak. Tak sempat lala nak minum. Sekarang untuk memastikan susu yang lala minum cukup zat sang lekit ambil la semula. Lala jugak akan minum vitagen apel hijau setiap hari selepas makan lebih kurang 50ml yang sang lekit bagi 2 kali (sekali minum dalam 25ml). Dia makan pun 2 kali 1 hari. Untuk mengelakkan lala sembelit. Petua ni sang lekit dapat dari seorang ibu di kelab Ibu Comel kat FB.

Lala dengan acu. Jelir lidah nampak sikit lesung pipit tu

Semalam bawak lala main2 kat genting. Teruja dia tengok lampu2 & banyak benda bergerak2. Selalunya jalan2 kat KL je. Angkut sekali Ateh An & Acu. Lala lebih minat dengan Ateh An walaupun masa mula2 dulu dia tak minat dengan Ateh An. Hanya dengan Acu je. Tapi sekarang Acu dah jadi last choice. kesian Acu.. di mak tirikan lala. Hanya 2 orang mak sedara lala tu la yang rapat dengan lala sebab dorang tinggal tak jauh dengan lala. Jadi lala selalu di jenguk la 2 mak sedara dia. Yang lain2 kat utara tu.. sekali sekala je dapat jumpa.

Itulah perkembangan lala sehingga hari ni yang genaplah umur dia 9 bulan. Apa yang sang lekit harap lala sentiasa sihat, ceria, aktif & menjadi anak yang baik & cerdik. Dalam membesarkan anak 1 perkara yang sang lekit belajar adalah jangan malas. Jangan malas pujuk dia makan bila sampai masa dia perlu makan.. jangan malas untuk melatih dia dengan kemahiran2 baru, jangan malas jaga kesihatan & kebersihan dia..  Kalau malas tu la punca masalah dari semua sudut. Jadi pada ibu2 walau sebelum ada anak kita ni pemalas dah ada anak kita kena rajin la, kan??

18 May 2012

NAK TAU STATUS KANDUNGAN FASHA, BACA NI

Kecoh sangat Si Fasha Sandha yang bunting pelamin tu.. Ada yang kata dia honeymoon sebelum nikah la.. Sebab ada yang anggap mustahil dia boleh kesan kehamilan tu dalam masa 16 hari selepas bernikah buat sang lekit sendiri tertarik bukan sebab nak tau status kandungan si Fasha Sandha tapi mencari jawapan sebenar bila paling awal boleh kesan kehamilan selepas persenyawaan berlaku @ dalam bahasa kita selepas hubungan seks la. Jadi untuk mencari ilmu maka tanya la en google. dapat la jawapan.. kalau ada yang salah tolong betulkan tapi taknak jawapan yang tak berlandaskan.. 'Aku rasa..' 'Mak aku bagitau..' Sepatutnya berlaku..' Betulkan dengan dengan ilmu jugak la.

Carian Google

Apa yang sang lekit dapat dari pengajian pendek bersama en google walau payah jugak nak search pasal ni. Pening cari keywords yang boleh trace. Hasilnya sang lekit dapat ialah... sebenarnya boleh mengesan kehamilan selepas beberapa ketika iaitu selepas lekat/pengimplanan (implantation), lebih kurang pada awal 6-8 hari selepas persenyawaan (Boleh rujuk DISINI untuk lebih info tentang kehamilan).
Persenyawaan boleh berlaku dalam tempoh 12 hingga 24 jam selepas waktu tersebut sekiranya hubungan kelamin dilangsungkan.Bila ejakulasi berlaku pada suami semasa hubungan kelamin, sperma boleh hidup sehingga tiga hari untuk tujuan persenyawaan dengan benih dari ovari. (Rujukan DISINI). Tak mustahil la kita boleh mengesan kehamilan seawal seminggu selepas persenyawaan berlaku. Jadi apa nak pelik kan kalau Fasha sandha dapat kesan kehamilannya berusia 2 minggu selepas 16 hari bernikah. Cuma express sikit la kejadiannya. kekekeke

Sekali sang lekit nak bagitau entri ni bukan la nak memburukkan fasha @ membetulkan fasha.. Entri ni sebenarnya lebih untuk kegunaan & pengetahuan sendiri di samping tu sang lekit cuma nak share dengan orang lain apa yang sang lekit dapat je. Sang Lekit bukanlah peminat Fasha sandha @ Haters fasha. Sang Lekit cuma orang awam yang ikut jugak la perkembangan semasa, hiburan & lain - lain. Mungkin entri jugak boleh membantu orang lain yang mungkin sedang di fitnah. Cuma.. kesilapan kecil yang di lakukan jadi isu yang besar. Yelah.. awal sangat kan dia bagitahu orang dia pregnant. Kalau tunggu sebulan dua dulu pun bagus.

Apapun anak adalah anugerah Allah.. & rezeki buat setiap pasangan cuma kita tak tahu je bila Allah nak bagi anugerah & rezeki tu pada kita. Kalau awal.. alhamdulillah.. kalau lambat sikit Insyaallah ada rezeki dapat la anugerah. kan??

P/S : Sebagai seorang ibu yang pernah mengandung tapi tak tahu jugak pasal ni harus la ambil tahu, kan??

3P.PANAS!PEDAS!PERIT!

  • Dendam Tak Sudah - Assalamualaikum... Pada tahun 1998, aku tingkatan 2, masa tu aku baru berpindah dari KL ke Mersing. Bapak aku mula mencari rezeki di perantauan. Tidak din...
    4 days ago

ENTRI MASIH PANAS